bantuan kemanusiaan diperlukan..

sejak aku ada anak sendiri, rasa sedih teramat bila dengar cerita or kisah anak2 kecik lain yang kurang bernasib baik. bukan kata dulu tak penah ade perasaan, tapi makin meruntun2 dibuatnya sejak sendiri jadi ibu ni.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/masih-kurang-rm200-000-1.165507

untuk adik ni, mari la sama2 kita bantu, setakat yang termampu. kalau lebih lagi la afdhal. sama2 kita doakan juga yang terbaik untuk adik Muhammad Asyraf Zaili ni. baru 5 bulan umurnya, kecik sgt utk tanggung sakit sebegitu. insyaAllah berkat doa dan sokongan semua, dipermudahkan urusan rawatan adik asyraf ni.

untuk sumbangan, akaun Maybank Rasidah Ardani(ibunya) bernombor 156141307260 atau menghubungi mereka di talian 0199321566 atau 0199882647. (sumber : Sinar Harian 30 Mei 2013)

Advertisements

@hometown – kaytee

baru smpai kaytee kul 4 pagi tadi, dgn kerol.

kali ni terasa sgt kosong bila smpai rumah.

biasa ade yg menyambut kat muka pintu.

biasa ade yg sibuk tanye dh mkn minum ke.

biasa ade sibuk prepare kan bilik utk yg balik ni.

biasa ade yg dh sibuk tanye nk brekfes ape.

mmm biasa nye la…

tapi kali ni, dh jadi luar biasa.

balik, sekadar balik. kosong amat.

mama, semua org miss sgt.

28 Februari 2010

Happy besday to me!

Sambut di sweet hometown.
Dgn famili.
termasuk mama, pepagi dh pegi kubur sorang2. dah tak ingat bila last smbut besday dgn mama kat rumah.
tapi arwah mmg tak penah lupa. tiap tahun msg / call mesti ade.

F Mama
28 Feb 08 , 08:09
Askum hepi bday semuge dpertemu jdoh yg soleh

F Mama
28 Feb 09 , 01:24
Hpi bday adik. Semuge tahun ni adik btemu jodoh InsyaAllah mama bdoa siang dan malam utk kbahgiaan adik yg paling mama sayang.

tu la antara wish dia 2,3 tahun kebelakangan ni. yg dia tak kesempatan tengok jugak. tak jemu pun wish mende yg sama. ye la, mak mana tak nak tengok anak bahgia kan. sgt ralat aku rsa.
takde lagi wish dari mama tahun ni. tapi aku tau, dia mesti slalu doakan yg baik2 je utk anak2 dia.

happy besday lin.
Alfatihah utk mama.

Episod Mama : Hari ke-68

tatau nape, sgt letih + restless arini ,
aku tertido sepanjang facial tadi, slalu nya tak macam tu.
dan selepas 68 hari,
aku mimpi mama buat pertama kali smasa tdo tu.
aku mimpi mama dtg join kita org mkn kat mane tah.
tp dia tak mkn, dia teman je.
yg aku ingat, kita org sibuk cerita kat dia mcm2. dan dia senyum je dengar.

dan seingat aku jugak, aku ckp kat mama,
“mama bleh tak dtg macam ni slalu? at least dtg teman kita org makan je pn takpe”

mama cuma tengok muka aku, x ckp ape2.

tima kasih mama sbb datang, w/pun kejap.
nanti datang la lagi.

Episod Mama : Hari ke54

org kata.
time will heal.
tp sbenarnya, makin hari makin terasa kehilangannya.

people keep saying,
“mama pesan ni, mama pesan tu, mama penah cakap ni, mama penah cakap tu”
tp.
aku lebey prefer, alangkah baiknya kan kalo mama cakap sendiri, mama pesan sendiri semua mende tu kat aku.
biarlah dari mulut mama sndiri. bukan melalui orang2 lain.
tak sama. mmg tak sama.

dulu org slalu kat aku anak manja. aku gelak je “mane adeeee”
tp sbenarnya. mmg aku manja.
semua mende harap ke mama.
bukan saje beli baju raye, semua baju pun harap mama pilih & belikan.
ape aje yg mama masak, semua sedap, msti abis.
lauk ape je mama tgh ratah, semua aku bantai skali.
tiap kali balik kg, mcm raja disambut.
dgn makan pelbagai nya, dgn bilik tido dh bersalin sarung nye.
sebut je nk mkn ape, mama mmg tak tunggu lama.
dulu msa mama tau aku suka kek coklat moist, tiap kali aku nk balik, sure dia order siap2 dgn kwn dia yg buat sedap tu.
msa dia tau aku suka kuih mas sejemput, dia simpan utk aku kalo ade org bagi kat rumah.
tiap kali mama buatkan baju baru utk aku, sure tefon bila nk basuh “mama, ni nk kena dry clean ke cuci biasa? kalo cuci biasa bleh rendam campur x? bleh jemur tgh panas ke?”
mende2 kecik pn nk tepon tanye. mama gelak je jawab soalan aku, dengan geleng2 kepala dia tu “adik, adik”

mama tau semua mende.
dia paham sgt peel tiap2 anak dia.
kita org je tak sedar, atau buat2 tak sedar.
mama tak penah fail fulfil our needs and wishes.
mama slalu back up kita org tiap kali papa bebel, w/pun mmg salah kita org.

aritu papa bgtau, dia depression teruk. ternampak mama di mane2.
aku stuck dlm fon, speechless, tak ley ckp ape2. mata dh bergenang.
tp aku tak ckp kat papa, aku pun sama camtu.
nmpak2 dia baring kt katil, nmpak2 dia duduk kat meja makan, nmpak2 dia duk sibuk kat dapur.
di mane2 dia penah ade.

miss sgt nk dengar suara dia.
miss sgt nk tgk muka dia.
miss sgt nk dengar dia gelak & bebel.
miss sgt nk buat lawak dgn dia.
miss sgt nk cite mende2 sengal yg aku buat.
plg miss, nk peluk dia sgt2.

alfatihah.

welcome to 2010.

2009 tahun paling mencabar, lanjutan dari 2008, paling menduga jiwa raga, paling tidak dapat dilupakan.
tak payah la aku ulaskan semuanya. dah berderet entri yg pelbagai cerita tu. korang baca sendiri je la kalo nk baca.

harapan 2010.
4hb mula dgn tugas baru, di ofis baru, daerah baru.
bos pun baru, opismates pun baru, suasana pun baru.
semoga semuanya permulaan yang baik.

untuk keluarga.
2008 & 2009 penuh dugaan, susah senang kita sama2. sedih perit pun sama2.
semoga 2010 akan lebih buatkan kita tabah. tanpa dilupakan yang tiada bersama. memang takde galang ganti, memang takkan sama. tapi Mama tetap di hati semua.