hari ni aku bbtul njoy weekend aku.
mana tak nya, abis 3 novel aku duk baca arini. 3 tau! daripada 9 biji yg aku beli masa pesta buku selangor aritu (owh aku tak cite eh yg aku kena jd wakil bos gi majlis perasmian tu, dh le hari sabtu, pandai bos aku ni taichi2 kt orang lain).
bahana kebosanan kat situ la, aku merayau kat gerai2 buku tu, maka secara tidak sengaja (mmg sengaja carik pun), terjumpa la gerai NB Kara (sesape peminat novel melayu sure tau novelis- norhayati berahim). dan nak dijadikan cite lagi, dia sendiri ade dlm tu, mmg sesi bertemu peminat. giler ah. punye la lama gile aku minat baca novel2 dia, tu la pertama kali aku jumpa dia sndiri. ape lagik, daripada nk beli sebiji buku je (yg agak terkini), terus aku sapu 4 biji, termasuk buku yg bru printed out the day b4, bbtul bru launching aritu la. semata2 nk dpt sign dia kat tiap buku tu! hahaha giler? besa la tu. siap pose amik gamba gather2 ok! 😉
pastu termasuk la gerai alaf21, ha satu lagik gerai yg aku pantang jumpa. terusssss 5buku slamat diborong! gile lagik? haha perkara biasa la tu.aku ni bukannye jenis membeli sgt novel2 ni, mmg suka membaca tp takde la terlampau fanatik smpai nk buat koleksi. kecuali kalo aku bbtul suka sgt cite tu. dan hari tu la hari dlm sejarah, aku borong novel smpai 9biji skali. biasanye aku pinjam membe2 punye je. slalunye eyda la jadik mangsa, pergh minah tu mmg novel fan btul, koleksi bertimbun. tp tak larat la aku nk ulang alik ke bahau semata2 nk pinjam novel dia kan.
aku beli msa 25/7 aritu, dan arini la bru pertama kali aku bley start baca dgn santai dan tenang nye buku2 tu. so slamat 3biji arini. mmg tak hirau mende lain dah. abg aku sembang pun aku dh tak dengar. mntk maaf mntk ampun la. kalo dh ngadap novel2 tu, gempa bumi pun blum tentu aku sedar.

Chinta
Chinta ni nama orang, cam biasa la, heroin dlm cite ni. mmg best. malas nk olah lelebey, baik korang beli baca sndiri 😉 728 mukasurat!

Setiap Jumaat
Setiap jumaat, ha ade kisah di sebalik tiap hari jumaat ni. ape kisah nye? pun korang kena baca sndiri jugak, baru la menjiwai namanye 🙂 cuma cam cite dongeng slalu la. terjumpa satu tmpt. pastu terpisah. pastu dh nk dikatakan jodoh, terjumpa balik kat tmpt lain. 723 muka surat.

Andai Itu TakdirNya
Andai Itu Takdirnya ni aku beli atas recommendation budak gerai tu. beriye2 promo kat aku buku ni best gile. so aku beli la. dan mmg cite nye best gile, smpai bergenang jugak la air mata (tlg jgn tak pecaya, org pisces mmg berjiwa halus dan sensitif ok). tp biasa la, cite pasal kawin paksa, pastu bini dh suka, laki pulak buat hal. pastu berbaik. pastu buat hal lagi. pastu berbaik lagi. pastu blablabla. mcm teruk sgt pompuan tu kena naya, harap takde la dlm realiti life camtu. nk tau ending, sila beli 😉 nk pinjam, sila dtg s.alam. tak tebal, 583mukasurat je.
rsanye silap2 karang bersambung lagik 2,3 buku nih. tgh gian membaca btul ni. weekend 3 hari beb! sakan la.
owh selamat hari kebangsaan pada semua rakyat malaysia dimana jua berada. selagi ic tu tercatat warganegara, selagi tu la korang bley ngaku rakyat malaysia.
dan semalam (29 Ogos 2009), genap 4 tahun aku dlm perkhidmatan ni. mmm dh 4 tahun dh. pejam celik. mcm tak caya. so harapan smpena anniversary ke 4 ni, semoga keje2 aku terus diberkati, dimurahkan rezki, dipermudahkan semua urusan, dan dijauhi dari hasad dengki orang (penting part ni!!). Amin….