kisah iean..

November 30, 2009 cikyin 4 comments

pada suatu ketika dahulu,
melalui perbualan telefon antara mak sedara yg berada di KL dan anak sedara yg berada di Kuala Trg bersama tokma dan tokpa nya.

“ciklin nk tau, tadik abg nampak org curik tong gas tokma!”

“yeke? (dgn gaya buat2 xcited dengar) sape yg curi tu?”

“(dgn nada slamber badak sumbunye) pencuri laa”

episod aku disengalkan oleh budak bwh umur, sekali lagi.

Categories: ape ape aje, famili

back to work..

November 30, 2009 cikyin Leave a comment

baru smpai dari k.trg kul 11.30mlm td.
jem gile kat karak, nyaris TAV kerol nk dihentam dgn kete lain sbb brek mengejut kat selekoh.
alhamdulillah, semua slamat smpai.
owh, kakti je blum tentu, duk delay aje nk bertolak blk. rsanya ade yg extend cuti lagik tu kot.

sian papa, dh takde org rumah tu selain dari budak laki 2 org tu, dgn makcik sefamili.
singgah kubur mama td, mntk restu nk blk.

esok masuk keje after 2weeks on leave, tak amik kira lagi 2weeks before tu yg mmg tak masuk ofis jugak sbb out station. so bygkan la betapa malas dan seksa nye jiwa raga nk ke ofis esok. lusa sirim mai dtg berkampung audit lak 4hari. xtau la ape preparation staf2 buat. bleh tak mls nk pk, dan mengamalkan konsep “lantak la ape nk jadik”?

so wat.

Episod Mama : Hari ke-8

November 25, 2009 cikyin Leave a comment

last week, hari yg sama, masa ni bru siap kemas2 slps tahlil. mlm pertama tanpa mama.

tadi masa masing2 duk layan perasaan dlm kete otw pegi bandar, kakti tetiba kuar soalan yg aku pun tatau nk kategorikan camne:

“dik, skrg ni kita anak yatim la kan?”

*diam,tgn pegang stereng sbelah,kaver mata sbelah*

“yela kot”

*diam terus smpai ke destinasi*

Categories: famili, mama

Episod Mama : Hari ke-4

November 21, 2009 cikyin 4 comments

semalam last tahlil, buat 3mlm je.
alhamdulillah, ramai yg datang, di luar jangkaan.
menu2 tahlil semuanya mknn feveret mama.
kelam kabut jugak kami dibuatnya.
sbb biasanya mama la yg uruskan mende2 camni utk orang lain.
bila turn dia, kami semua bingung nk start camne.
nasib baik ade pakcik makcik yg tlg.

mulai smalam duk buat operasi kemas rumah.
tapi jadi macam sebak sgt.
pegang ini, sentuh itu, tengok ini, semuanya terlintas muka mama.
nk buang ni, nak buang tu, serba salah dibuatnya. sbb tau semua mende tu dia yg simpan, perap.
smpaikan nk bertekak dgn kakti & abgmir, bila dia org nk buang mende ni la mende tu la.
aku rsa sayang sgt semua tu. even sebijik tupperware yg agak lusuh, semua tu ingatkan kat mama. sbb terbayang2 mama duk guna tupperware tu isi mende ni mende tu. kenapa nk kena buang.

tu tak termasuk lagik koleksi baju2 kurung, kebaya, blouse mama yg bleh dibuat butik tu.
bila aku belek2 nk susun, aku terjumpa 2psg baju kurung batik yg baru dijahit. yg mane bila aku acu ke badan aku, mmg bbtul saiz aku. terus sebak. teringat kata2 mama msa raya aritu “mama ade mntk kakti tukang jahit tu jahitkan batik2 yg org bg kat mama tu ikut saiz adik, sbb mama taknak dah buat2 baju utk mama ni” :-( rupanya mmg baju2 tu dh siap utk aku.

tadik msa duk dlm bilik mama dgn kakti, kami tgh duk bincang psl arrangement bilik tu, tetiba kakti ckp “mama takdok doh eh? kira sungguh la mama takdok ni?” *terdiam* smbil tgk keliling bilik dan baju2 mama yang tergantung. tadi nk basuh kain2 yg diguna msa nk mandikan mama, aku belek, cium puas2 sbb tu kain last yg dipakaikan kat mama. tadi pun papa bg aku tudung yg mama slalu pakai lately kalo gi hosp utk aku basuhkan, tp aku amik simpan.

kalo kami pun mcm bingung lagi dibuatnya, papa apatah lagi.
mmg susah sgt, aku tatau cam mane nk terus face situasi camni.
pantang teringat (mmg all d time pun), mmg mata bergenang, tak tertahan2.
teringat senyum dia bbrp jam sblum dia koma dan pergi keesokkan harinya.
teringat dia kuarkan ayat “kejap lagi dik” msa aku tanya dia nk aku suapkan susu tak utk isi perut msa tu.
tu d only ayat for dat day. sbb dia mmg dh tak bleh nk bercakap since koma jumaat tu. ayat tu pun dlm keadaan seksa sgt nk dicakapkan.

camne ye, aku tak reti nk ckp ape yg aku rsa. aku nk cite semua kenangan dgn dia.
aku mmg lost sgt. miss arwah sgt2.

alFatihah utk mama.

Categories: famili

Al-Fatihah untuk Mama…..

November 18, 2009 cikyin 8 comments

hari ini.
10.55 pagi.
17 nov 2009.

bilik no.1 wad 7A Hosp Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

mama tercinta, Allahyarhamah Nor Hayati binti Ismail telah kembali ke rahmatullah, di kala umur 56 tahun 6 hari.

bertemankan aku sndiri, papa, cik ani, salman, dato dr hashim, staff nurse.

perginya tanpa disedari walaupun dikelilingi semua.

selamat dikebumikan selepas asar di Tanah Perkuburan Sheikh Ibrahim Jalan Pusara.

terima kasih kepada semua yang selalu bagi sokongan, sepanjang mama buat rawatan. yang selalu mendengar dan membaca entri2 aku tentang mama, terima kasih.

walaupun selama ni kami dh diingatkan banyak kali supaya bersedia dgn ape juga kemungkinan, still, aku rsa sangat kehilangan yang tak dpt nk diceritakan. terasa sgt. walaupun semua orang kata kami adik bradik dan papa dah usaha seabis baik buat yg terbaik utk dia, jaga dia, teman dia, support dia. masih, aku rsa tak cukup semua tu, stil banyak mende yg aku rsa tak smpt kami buat utk dia.

mama, tenanglah kat sana. ampunkan la dosa kami adik bradik dari kecik hinggalah ke besar ni. mama mmg yg terbaik kat hati kita orang. semua orang ckp mama sgt istimewa pada semua.

Tuhan, ampunkan la dosa2 mama semasa hidupnya sama ada kecil atau besar, jelas atau sembunyi. tempatkan la arwah di kalangan hamba2 Mu yang beriman.

Tuhan, berilah kami semua kekuatan menghadapi dugaan ini. berat, mmg teramat berat utk dihadapi. kuatlah semangat kami, tabahkanlah hati kami, terutamanya papa yang sentiasa dengan mama sepanjang hayatnya. kuatlah juga semangat adik bongsu kami, yang akan menghadapi SPM mulai esok. semoga yang terbaik buatnya.

AlFatihah.

Categories: famili

~Cuci The Musical~ ep.2

October 31, 2009 cikyin 2 comments

mlm ni.
8.30 mlm.
di Istana Budaya.
2gether dgn puan-to-be nhawal ;-)

tp aku ingat2 lupa sbenarnya tiket tu bila hahaha
ampunn nhawal. kalo takde dlm rekod kaunter karang, aku blanje ko dinner kenny n supper BA mlm ni ye. hehehe

Categories: ape ape aje, horrey!!!, kekawan

suasana hujung tahun

October 31, 2009 cikyin Leave a comment

sgt pack.
sgt hectic.
sgt pressure.
sgt menyampahkan.

out station tak henti2. tapi kawasan sekitar je pun.
mesy tak putus2. pun takde la jauh sgt.

dan ada cite di sebalik cerita. haha.

ceh sejak bila pulak aku menaip gaya FJ nih. (prasan la tu haha)

p/s : crdts to FJ, telah kuterima kiriman mu itu. telah aku khatamkan satu. like it!! ;-)

the call…

October 6, 2009 cikyin 28 comments

~~kalo ko syg org tu, lepaskan aje kalo dia nak@kena pegi.
sbb kalo dia mmg utk ko, dia akan dtg balik kat ko~~

sejauh mana kebenarannya? hanya org yg penah mengalami aje yg bley cite hahaha

so ade sesape nk cite?

Categories: ape ape aje, blues

gundah gulana..

October 2, 2009 cikyin 8 comments

sgt susah hati.
jgn pk yg bukan2 ye, ni semuanya pasal KERJA.
bulan 10 ni, spesifiknya dua minggu terawal okt ni akan jadi minggu yg sgt menyusahkan ati aku dan bakal menghuruharakan idup aku dan mungkin prestasi keje aku :-(

start dgn kesilapan aku, dan skrg aku bakal terima la bahananya, tanpa sokongan team mates.
aku tau aku silap. bulan ogos aritu most of d time aku di hosp, bermlm kat sane. berhari2 lewat pegi keje, kat ofis ngantuk amat. mcm2 la mende yg aku tak dpt pk kan secara waras masa tu.

dan aku kena ngaku la, aku makin pelupa. mende yg org cakap 5 minit lepas pun aku bley lupa dh. isk. kena start mkn kismis tiap hari ni.

iskkkkkkkkkkk. susah hatiiiiiiii nk ngadap keadaan seminggu dua ni!!~~~~

Categories: keje oh keje, warghHHH!!!

hidup ni singkat..

October 1, 2009 cikyin Leave a comment

bergenang lagi mata aku mlm ni.
bila terbaca entri blog sorang adik cyber

dh lama tak jenguk blog dia, arini terbaca status di YM nya yg jemput kekawan ke majlis tahlil arwah abah nya.
walaupun tak penah jumpa dia, tapi tatau la, aku sndiri pun cukup terasa & sedih dgn berita kehilangan tu.
sbb tau dia cukup rapat dgn abahnya melalui entri2 nya. slalu cite pasal abah dia.
tapi berat mata memandang berat lagi bahu memikul kan.
takde angin, takde ribut, takde petanda2, tetiba dah takde.

camtu la kekawan. semuanya tak mustahil, segalanya mungkin. hidup ni singkat, bila2 masa je bleh dipanggil. tak kira mmg dh sakit atau pun tgh sihat walafiat. kalo boleh hargai lah masa2 yg ada bersama org2 tersayang ni selagi mampu.

dik teri, tabahkan hati dan kuatkan semangat ok, bkn saje utk diri sndiri, tp utk mak dan adik2 yang stil perlukan support teri sbg ketua keluarga skrg.

alFatihah utk arwah abah nya mohd syahairri a.k.a teri.

Categories: ape ape aje